More
    Home 10 tahun penjara dan 3 sebatan rogol kekasih bawah umur

    10 tahun penjara dan 3 sebatan rogol kekasih bawah umur

    KUCHING, 16 OGOS 2020 (SNN) : Seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 3 sebatan selepas mengaku bersalah di hadapan hakim kerana merogol teman wanitanya yang masih di bawah umur.

    Hakim Mahkamah Khas Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak Jason, mengarahkan lelaki berusia 25 tahun itu dikenakan hukuman tersebut setelah mengaku bersalah mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan.

    Tertuduh diarahkan menjalankan hukuman itu bermula 13 Ogos 2020.

    Suspek yang berasal dari Kampung Pulo Ulu, Petra Jaya itu mengaku merogol teman wanitanya yang berusia 13 tahun di rumah mangsa di Kampung Bintawa Hilir pada Mac 2019 sehingga mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki.

    Mengikut fakta kes, terduduh mula bercinta dengan mangsa pada 3 Januari 2019 sehinggalah melakukan hubungan seksual bersama mangsa di Kampung Bintawa Hilir.

    Kejadian itu berterusan sehinggalah mangsa mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki. Timbalan Pendakwa Raya Nurfadzlin Mahmud Zulhasnan hadir sebagai pihak pendakwaan sementara tertuduh tidak diwakili peguam.- Nizal.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    Pelancaran Pavillion Sarawak di MWC Barcelona platform Sarawak tarik pelabur asing...

    0
    BARCELONA, 04 MAC 2025: Kerajaan Sarawak secara rasmi telah melancarkan Pavillion Sarawak sempena Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) Barcelona 2025 yang berlangsung selama empat...