More
    Home Malaysia 10 buah kedai musnah dalam satu kebakaran di Pekan Sebuyau

    10 buah kedai musnah dalam satu kebakaran di Pekan Sebuyau

    SEBUYAU, 07 OGOS 2022 (SNN): 10 buah kedai yang merupakan Pasar Lama Pekan Sebuyau musnah sepenuhnya selepas terlibat dalam satu kebakaran di sini pada jam 6 petang semalam.

    Khabar duka berhubung kejadian tersebut turut mendapat perhatian Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Datuk Julaihi Narawi yang bergegas ke lokasi bagi melihat sendiri situasi dan nasib mangsa.

    Datuk Julaihi tiba ke lokasi kebakaran sejurus mendapat maklumat berhubung kejadian.

    “Sejurus mendapat berita mengenai kebakaran tersebut, saya yang sedang menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang dipengerusikan oleh YAB Premier Sarawak terus meminta izin beredar awal untuk ke Sebuyau.

    “Setibanya di lokasi, maklumat yang diterima dari orang ramai mengatakan terdapat 10 buah kedai yang dihuni 10 keluarga menjadi mangsa dalam kebakaran berkenaan dan saya bersama phak Pejabat Daerah Sebuyau terus mengadakan mesyuarat Penyelarasan Bantuan untuk mangsa,” jelasnya dalam satu kenyataan.

    Ujar beliau lagi, kesemua mangsa terlibat menerima bantuan segera daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan (PKMB) berupa makanan kering, hygiene kit, dan kelengkapan tidur.

    Turut hadir sama Residen Kota Samarahan; Ibrahim Lumpu, Pegawai Daerah Sebuyau; Jerry Zainuddin Bidin, Pegawai dari PKMB Samarahan; Sukirman Shuib, Mohd Shakri dan Mohd Izwan serta pegawai bomba dan ketua kaum.

    Datuk Julaihi menyampaikan bantuan awal kepada 10 mangsa yang terlibat dalam kebakaran di Sebuyau.

    Terdahulu, penduduk kampung Sebuyau digemparkan dengan beberapa bunyi letupan tong gas serta kepulan asap hitam tebal sebelum mendapati satu kejadian kebakaran melibatkan 10 buah kedai di Pasar Lama Pekan Sebuyau. Difahamkan kejadian berkenaan adalah merupakan tragedi kedua selepas kejadian yang sama menimpa pasar penuh nostalgia itu pada 8 tahun yang lalu.

    Setakat ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian yang dialami oleh mangsa masih dalam siasatan pihak bomba.

    Leave A Reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Must Read

    PETROS kekal sebagai aggregator tunggal sah di Sarawak-Julaihi

    0
    KUCHING, 14 NOVEMBER 2024: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) terus mengukuhkan peranannya sebagai agregator gas tunggal di Sarawak dengan menandatangani beberapa Perjanjian Jualan Gas (GSA)...